Wednesday, April 1, 2015

Tak Sedar

Pejam celik pejam celik dah bulan 4 dah! Aku rasa macam baru habis spm je. Ok, boleh dikatakan aktiviti aku sepanjang cuti ni ialah memasak, kemas rumah, tengok tv, ngadap laptop, tidur, makan, belek2 setem, jogging dan.....menjahit(inilah kerja aku) . Aku tak sangka sekali aktiviti aku end-up akan jadi macam ni sebabnya sebelum spm hari tu aku ada buat list.

lepas spm:-
-cari kerja
-nak ambil lesen
-nak buat novel
-nak belajar taekwondo

Nampak sangat sangat tersimpang jauh impian dengan kenyataan sebenar :) Tapi walau apa pun, aku dah lulus kerja2 rumah tangga hahah cuma cuti semester nanti aku kena kerjalah kalau boleh. Hmm, cerita pasal kerja ni, aku bukannya tak nak kerja cuma sejak aku cari kerja dalam newspaper BH hari tu, ibu bapaku sudah hilang kepercayaan nak suruh aku kerja! Aku dah interview bagai semua, tup tup semuanya perangkap semata-mata. Sedihlah! Nak kerja dengan syarikat tu dia kata kena bayar security deposit dulu, lagilah mak aku kata "mana ada nak kerja kena bayar deposit, mengarut je" Arghhhhh musnah harapan kegembiraaan aku! Tapi takpelah, ada hikmah kot.

Aku rasa hidup aku sangat membosankan. Kbye.