Wednesday, December 24, 2014

A Night To Think About Future

Setelah hampir sebulan aku tak balik rumah dan.......sekarang rumahku syurgaku. Aku banyak menghabiskan masa di rumah saja bulan disember ni. Ingat nak kerja tapi hold on dulu, banyak lagi benda yang perlu settle dulu. Kang tak pasal-pasal kerja tah ke mana, rumah berselerak ibarat rumah lelaki bujang. (sekarang tinggal 4 orang saja penghuninya memandangkan kakakku, Ainin Matriks di Johor)

Mula-mula ingat nak ambil lesen kereta dulu, tapi dah Atikah Aina (sekarang di PLKN Perak) suruh tunggu dia ambil lesen sesama, kesian pulak aku tengok dia. So....tunggu jelah. Dalam bulan ni dua kali dia call aku hujung minggu, bosan katanya al-maklumlah takde internet pebenda semua tuh. Pada mulanya aku nak kemas bilik aku dan tak tahulah tiba-tiba spirit nak mengemas merebak satu rumah, jadi habislah satu rumah aku bergotong-royong mengemas buku-buku, surat khabar, khazanah yang tak diperlukan lagi yang menyemakkan suasana di rumah. Yang paling aku puas sekali bila aku berjaya mengosongkan katil ibuku yang sudah bertimbun berbukit bergunung-ganang dengan baju-baju kami. Dapatlah ibu tidur di bilik dia....hehe dan malam tu ibu dan abah belanja kami sekeluarga Domino.

Kemudian, aku merehatkan minda aku dengan menonton Running Man dan tak tahu macam mana tiba-tiba boleh tersangkut pada Return of Superman pulak dah mak oii. Hai. Lepas satu-satu. Itulah namanya hiburan. Takkan pernah habis. Sekarang ni aku macam dah kurang berinternet disebabkan aku bengang dengan tahap ke-slownya.

Dan sedang aku mengemas bilik aku, aku decided untuk update my stamps collection. My new hobby ok. Walaupun nampak agak ketinggalan zaman dan macam orang tua-tua bak kata kawan aku sorang tuh tapi benda nilah yang menyebabkan aku mengenali dunia dengan lebih dekat lagi. Lagi-lagi apabila bertimbun-timbun setem yang mak cik aku berikan padaku. Sungguh 3 hari non-stop aku ambil masa susun semua setem tinggalan mak cik aku tu.

Perancangan aku sekarang ialah nak cari kerja bulan Januari ni bersama-sama dengan Ain. Katanya dia nak kerja tapi ibubapa dia tak bagi kecuali jika ada kawan. So akulah kawannya itu. Kot. Mungkin dah tiba masanya aku belajar untuk hidup di dunia luar. Haa..sungguh. Aku amat takut bila SPM result keluar. sangat mendebarkan bila kau kena kait SPM dengan future kau. Hancur SPM, musnahlah segala impian aku. Aku merancang untuk sambung akaun walaupun sejak akhir-akhir aku mula suka fizik, dan.....aku banyak faham fizik nak dekat-dekat SPM berkat Kak Ina ajar aku. Jjur aku katakan, dia memang tak kedekut ilmu. Takdelah macam sesetengah orang tu, dahlah ajar tak jelas dan terperinci, lepas tu nak marah-marah pulak bila orang lambat faham. Kalau dah tak tahu nak terangkan tu, cakap jelah tak tahu. Tak payahlah nak cakap "Kau ni asal fikir complicated sangat hah?!" "Dah memang macam tu, nak buat macam mana ish" "Eee susah betollah nak bagi kau faham" Tolonglah. Setiap orang lain keupayaannya. Jangan anggap setiap orang tu sama dengan kau. Orang yang lagi pandai daripada kau pun boleh cakap elok-elok, asal kau tak boleh? Asal? Sebab kau rasa diri kau tu dah hebat sangatkah? Ingatlah diri kau takkan ke mana kalau perangai kau terus macam ni sebab orang yang lagi berkat ilmunya apabila berkongsi dengan orang lain.

Dan tugasan aku saat ini adalah nak khatamkan semua novel di rak buku. Have a sweet dream dear!