Saturday, July 5, 2014

Nasihat kepada orang yang bertudung labuh

Aku tak taulah apa nak cakap. Memanglah bertudung labuh itu baik, sopan dan alhamdulillah, Allah bagi hidayah untuk bertudung labuh tapi tolong tolong tolong dan tolonglah jaga sikap anda seperti yang terpampang pada pakaian anda. Memanglah tak semua orang yang bertudung labuh tu perfect tapi at least cubalah perbaiki sikap seperti anda perbaiki tudung anda.

Bukannya apa, daripada pengalaman aku, ramai sangat aku tengok perangai tah ape2 padahal bertudung labuh. Janganlah aibkan tudung labuh tu. Sebab orang di luar sana ramai beranggapan bahawa orang yang bertudung labuh ni baik2 belaka, bicaranya sopan dan tak terlalu kurang ajar. Rupanya sangkaan tu meleset sama sekali. Nak nasihat tu boleh, tapi janganlah perli sana perli sini. Tunjukkan budi pekerti yang baik.

"Nama je ustazah, tapi suka bahan orang"
"Nampak je pakai tudung labuh tapi suka mengumpat orang lain"
"Pakai tudung labuh tapi terjerit sana terjerit sini. Cakap elok-elok boleh kan"
"Pakai tudung labuh, pandai pulak tu. Tapi tak suka kawan dengan orang yang tak pandai"
"Pakai tudung labuh, tapi suka marah-marah"
"Pakai tudung labuh, pastu kawan dengan budak2 hot je"

Dan...
Aku tak naklah orang-orang di luar sana berkata sedemikian...
Malulah...Jaga imej, jaga peribadi, ok?

Bukan hendak mengajar, tetapi sekadar memperingati.