Saturday, July 5, 2014

Nasihat kepada orang yang bertudung labuh

Aku tak taulah apa nak cakap. Memanglah bertudung labuh itu baik, sopan dan alhamdulillah, Allah bagi hidayah untuk bertudung labuh tapi tolong tolong tolong dan tolonglah jaga sikap anda seperti yang terpampang pada pakaian anda. Memanglah tak semua orang yang bertudung labuh tu perfect tapi at least cubalah perbaiki sikap seperti anda perbaiki tudung anda.

Bukannya apa, daripada pengalaman aku, ramai sangat aku tengok perangai tah ape2 padahal bertudung labuh. Janganlah aibkan tudung labuh tu. Sebab orang di luar sana ramai beranggapan bahawa orang yang bertudung labuh ni baik2 belaka, bicaranya sopan dan tak terlalu kurang ajar. Rupanya sangkaan tu meleset sama sekali. Nak nasihat tu boleh, tapi janganlah perli sana perli sini. Tunjukkan budi pekerti yang baik.

"Nama je ustazah, tapi suka bahan orang"
"Nampak je pakai tudung labuh tapi suka mengumpat orang lain"
"Pakai tudung labuh tapi terjerit sana terjerit sini. Cakap elok-elok boleh kan"
"Pakai tudung labuh, pandai pulak tu. Tapi tak suka kawan dengan orang yang tak pandai"
"Pakai tudung labuh, tapi suka marah-marah"
"Pakai tudung labuh, pastu kawan dengan budak2 hot je"

Dan...
Aku tak naklah orang-orang di luar sana berkata sedemikian...
Malulah...Jaga imej, jaga peribadi, ok?

Bukan hendak mengajar, tetapi sekadar memperingati.

Friday, July 4, 2014

Perbezaan orang berilmu dan berharta

Perbezaan orang berilmu dan berharta
Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-
1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)
5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.
 · Komen

Kit Kat Japan Version

Assalmua'laikum sarang lebah..hehe..

Waktu cuti sekolah 3 minggu hari tu, Tikl ada buat lawatan ke jepun so adalah salah seorang kawan aku ni pergi ke sana dan balik je sini satu dorm dapat kit kat dari jepun! haa bukan sebarangan kit kat tau. Baru aku tau kit kat kat jepun ni pelik sikit. Aku ingat satu dunia sama je kit katnya. Di Jepun, ada pelbagai jenis kit kat. Yang aku dapat hari tu adalah yang berwarna hijau! Aku berasa sangat teruja nak makan!



Dan satu lagi, aku dapat kipas Jepun daripada cikgu sitinorbahyah.
Bila pulak turn aku nak pergi Jepun?
#hwaiting