Wednesday, March 26, 2014

#MH370

Cerita pasal MH370 ni....hari tu aku buka facebook....tengok2 jumpa article yang pesawat tu dah jumpa dekat macam perkampungan dalaman di vietnam...tengok2 aku yang kena tipu! haihh bahana internet, banyak sangat penipuan mengenai MH370 ni...

Kenyataan mengenai PM mengesahkan MH370 berakhir di Lautan Hindi tu aku rasa macam tak logik je. Bahan bukti pun tak jumpa lagi....I hope somekind of miracle happens. 'Not trying to be smart, but something is not right'




Pada zaman yang serba canggih dengan pelbagai teknologi baru ini, sekolahku juga tidak ketinggalan. Kerja sekolah pada musim cuti 'seminggu je' ini, cikgu telah banyak memberikan kerja2 sekolah melalui laman web frog https://wkb0001.1bestarinet.net (SMTKL) dengan cara yang paling mudah dan tidak membebankan pelajar. Mungkin cikgu2 bertambah semangat untuk capai gred purata SPM 2014 sebanyak 2.3 peratus setelah berjaya mencapai gred purata SPM 2013 sebanyak 2.62 peratus. Inilah semangat yang kita nakkan! Begitu juga dengan para pelajar Tikl yang tercinta.

Ketika kita mengeluh...

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat
" (78 : 9)
Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya
aku..."
ALLAH menjawab :
“AKU tidak membeberati seseorang, melainkan
apa yg terdaya olehnya” (2 : 286)
Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Dgn Zikrullah itu; tenang tenteramlah hati
manusia” (13 : 28)
Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji
dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat
balasannya ” (99 : 7)
Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku
kabulkan untukmu ” (40 : 60)
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu
berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita
" (9 : 40)


Belek-belek buku nota Bahasa Arab tingkatan empat dan terbaca satu catatan kat bahagian taukid;
" 'Inna ma'al usri yusra.'
Kenapa Allah ulang dua kali? Sebab Allah nak tegaskan, tak selamanya Allah akan uji kita dengan permasalahan berat. Satu hari nanti, Allah pasti akan bagi kesenangan." [Ustazah Hamidah MI]