Wednesday, December 24, 2014

A Night To Think About Future

Setelah hampir sebulan aku tak balik rumah dan.......sekarang rumahku syurgaku. Aku banyak menghabiskan masa di rumah saja bulan disember ni. Ingat nak kerja tapi hold on dulu, banyak lagi benda yang perlu settle dulu. Kang tak pasal-pasal kerja tah ke mana, rumah berselerak ibarat rumah lelaki bujang. (sekarang tinggal 4 orang saja penghuninya memandangkan kakakku, Ainin Matriks di Johor)

Mula-mula ingat nak ambil lesen kereta dulu, tapi dah Atikah Aina (sekarang di PLKN Perak) suruh tunggu dia ambil lesen sesama, kesian pulak aku tengok dia. So....tunggu jelah. Dalam bulan ni dua kali dia call aku hujung minggu, bosan katanya al-maklumlah takde internet pebenda semua tuh. Pada mulanya aku nak kemas bilik aku dan tak tahulah tiba-tiba spirit nak mengemas merebak satu rumah, jadi habislah satu rumah aku bergotong-royong mengemas buku-buku, surat khabar, khazanah yang tak diperlukan lagi yang menyemakkan suasana di rumah. Yang paling aku puas sekali bila aku berjaya mengosongkan katil ibuku yang sudah bertimbun berbukit bergunung-ganang dengan baju-baju kami. Dapatlah ibu tidur di bilik dia....hehe dan malam tu ibu dan abah belanja kami sekeluarga Domino.

Kemudian, aku merehatkan minda aku dengan menonton Running Man dan tak tahu macam mana tiba-tiba boleh tersangkut pada Return of Superman pulak dah mak oii. Hai. Lepas satu-satu. Itulah namanya hiburan. Takkan pernah habis. Sekarang ni aku macam dah kurang berinternet disebabkan aku bengang dengan tahap ke-slownya.

Dan sedang aku mengemas bilik aku, aku decided untuk update my stamps collection. My new hobby ok. Walaupun nampak agak ketinggalan zaman dan macam orang tua-tua bak kata kawan aku sorang tuh tapi benda nilah yang menyebabkan aku mengenali dunia dengan lebih dekat lagi. Lagi-lagi apabila bertimbun-timbun setem yang mak cik aku berikan padaku. Sungguh 3 hari non-stop aku ambil masa susun semua setem tinggalan mak cik aku tu.

Perancangan aku sekarang ialah nak cari kerja bulan Januari ni bersama-sama dengan Ain. Katanya dia nak kerja tapi ibubapa dia tak bagi kecuali jika ada kawan. So akulah kawannya itu. Kot. Mungkin dah tiba masanya aku belajar untuk hidup di dunia luar. Haa..sungguh. Aku amat takut bila SPM result keluar. sangat mendebarkan bila kau kena kait SPM dengan future kau. Hancur SPM, musnahlah segala impian aku. Aku merancang untuk sambung akaun walaupun sejak akhir-akhir aku mula suka fizik, dan.....aku banyak faham fizik nak dekat-dekat SPM berkat Kak Ina ajar aku. Jjur aku katakan, dia memang tak kedekut ilmu. Takdelah macam sesetengah orang tu, dahlah ajar tak jelas dan terperinci, lepas tu nak marah-marah pulak bila orang lambat faham. Kalau dah tak tahu nak terangkan tu, cakap jelah tak tahu. Tak payahlah nak cakap "Kau ni asal fikir complicated sangat hah?!" "Dah memang macam tu, nak buat macam mana ish" "Eee susah betollah nak bagi kau faham" Tolonglah. Setiap orang lain keupayaannya. Jangan anggap setiap orang tu sama dengan kau. Orang yang lagi pandai daripada kau pun boleh cakap elok-elok, asal kau tak boleh? Asal? Sebab kau rasa diri kau tu dah hebat sangatkah? Ingatlah diri kau takkan ke mana kalau perangai kau terus macam ni sebab orang yang lagi berkat ilmunya apabila berkongsi dengan orang lain.

Dan tugasan aku saat ini adalah nak khatamkan semua novel di rak buku. Have a sweet dream dear!

Saturday, July 5, 2014

Nasihat kepada orang yang bertudung labuh

Aku tak taulah apa nak cakap. Memanglah bertudung labuh itu baik, sopan dan alhamdulillah, Allah bagi hidayah untuk bertudung labuh tapi tolong tolong tolong dan tolonglah jaga sikap anda seperti yang terpampang pada pakaian anda. Memanglah tak semua orang yang bertudung labuh tu perfect tapi at least cubalah perbaiki sikap seperti anda perbaiki tudung anda.

Bukannya apa, daripada pengalaman aku, ramai sangat aku tengok perangai tah ape2 padahal bertudung labuh. Janganlah aibkan tudung labuh tu. Sebab orang di luar sana ramai beranggapan bahawa orang yang bertudung labuh ni baik2 belaka, bicaranya sopan dan tak terlalu kurang ajar. Rupanya sangkaan tu meleset sama sekali. Nak nasihat tu boleh, tapi janganlah perli sana perli sini. Tunjukkan budi pekerti yang baik.

"Nama je ustazah, tapi suka bahan orang"
"Nampak je pakai tudung labuh tapi suka mengumpat orang lain"
"Pakai tudung labuh tapi terjerit sana terjerit sini. Cakap elok-elok boleh kan"
"Pakai tudung labuh, pandai pulak tu. Tapi tak suka kawan dengan orang yang tak pandai"
"Pakai tudung labuh, tapi suka marah-marah"
"Pakai tudung labuh, pastu kawan dengan budak2 hot je"

Dan...
Aku tak naklah orang-orang di luar sana berkata sedemikian...
Malulah...Jaga imej, jaga peribadi, ok?

Bukan hendak mengajar, tetapi sekadar memperingati.

Friday, July 4, 2014

Perbezaan orang berilmu dan berharta

Perbezaan orang berilmu dan berharta
Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-
1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.
2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.
3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.
4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)
5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.
6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.
7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.
9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.
 · Komen

Kit Kat Japan Version

Assalmua'laikum sarang lebah..hehe..

Waktu cuti sekolah 3 minggu hari tu, Tikl ada buat lawatan ke jepun so adalah salah seorang kawan aku ni pergi ke sana dan balik je sini satu dorm dapat kit kat dari jepun! haa bukan sebarangan kit kat tau. Baru aku tau kit kat kat jepun ni pelik sikit. Aku ingat satu dunia sama je kit katnya. Di Jepun, ada pelbagai jenis kit kat. Yang aku dapat hari tu adalah yang berwarna hijau! Aku berasa sangat teruja nak makan!



Dan satu lagi, aku dapat kipas Jepun daripada cikgu sitinorbahyah.
Bila pulak turn aku nak pergi Jepun?
#hwaiting

Wednesday, March 26, 2014

#MH370

Cerita pasal MH370 ni....hari tu aku buka facebook....tengok2 jumpa article yang pesawat tu dah jumpa dekat macam perkampungan dalaman di vietnam...tengok2 aku yang kena tipu! haihh bahana internet, banyak sangat penipuan mengenai MH370 ni...

Kenyataan mengenai PM mengesahkan MH370 berakhir di Lautan Hindi tu aku rasa macam tak logik je. Bahan bukti pun tak jumpa lagi....I hope somekind of miracle happens. 'Not trying to be smart, but something is not right'




Pada zaman yang serba canggih dengan pelbagai teknologi baru ini, sekolahku juga tidak ketinggalan. Kerja sekolah pada musim cuti 'seminggu je' ini, cikgu telah banyak memberikan kerja2 sekolah melalui laman web frog https://wkb0001.1bestarinet.net (SMTKL) dengan cara yang paling mudah dan tidak membebankan pelajar. Mungkin cikgu2 bertambah semangat untuk capai gred purata SPM 2014 sebanyak 2.3 peratus setelah berjaya mencapai gred purata SPM 2013 sebanyak 2.62 peratus. Inilah semangat yang kita nakkan! Begitu juga dengan para pelajar Tikl yang tercinta.

Ketika kita mengeluh...

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat
" (78 : 9)
Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya
aku..."
ALLAH menjawab :
“AKU tidak membeberati seseorang, melainkan
apa yg terdaya olehnya” (2 : 286)
Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Dgn Zikrullah itu; tenang tenteramlah hati
manusia” (13 : 28)
Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji
dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat
balasannya ” (99 : 7)
Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku
kabulkan untukmu ” (40 : 60)
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu
berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita
" (9 : 40)


Belek-belek buku nota Bahasa Arab tingkatan empat dan terbaca satu catatan kat bahagian taukid;
" 'Inna ma'al usri yusra.'
Kenapa Allah ulang dua kali? Sebab Allah nak tegaskan, tak selamanya Allah akan uji kita dengan permasalahan berat. Satu hari nanti, Allah pasti akan bagi kesenangan." [Ustazah Hamidah MI] 

Wednesday, January 29, 2014

Audit Diri

tittle tajuk pun dah tau ape maksudnya....hari ni aku merajinkan diri meng-edit blog sebab bosaaan.
Tapi kan, aku tak taulah kenape skrg aku dh tak gemar tgk citer2 akasia, drama2 korea (except running man lah) and entahlah aku rasa mcm drama2 skrg semuanya dah bosan..semuanya kena kahwin paksa, mula2 tak suka lepas tu suka, dah jadi mcm satu trending tau...kalau 2 ke 3 drama tu boleh terima lagi.....ni dah berlambak weh....smpai dah tak tau nk campak mana lagi dah....

eheemm, mksud audit tu ialah aku cuba untuk buang gmba2 lama dlm blog ni yg menampilkan kawanku (atikah aina) tak pakai tudung. Sebabnya dia telah pun berhijrah untuk memakai tudung, Alhamdulillah, i'm happy for her =) tunggu izzati pulak lepas ni, aku doakan kedua2 kawan2 aku ni mendapat hidayah. aminnn.

Wahai teman2, jgnlah engkau menangis disebabkan aku. Anggaplah aku ni seperti lalat yg tak perlu engkau hiraukan pun. Yg tak perlu engkau berdukacita pun. Anggaplah air mata engkau itu air mata yg sia2 saje. Aku sedar diri aku ni sape.

*feeling ter-over

aku perasan perubahan diri aku sejak dua menjak ni...
dulu...
aku suka bergaya ikut trending mcm ni...
sekarang....
aku lebih suka mcm ni, tak labuh sangat, tak pendek sangat, sedang2 je asalkan menutup.

insya-Allah, suatu hari nanti mcm ni pulak...


and last but not least....