Sunday, June 23, 2013

Kesal Sebelum Terlambat

Kenangan sukar untuk diungkapkan .

Minggu lepas, aku berjumpa dengan guru kaunseling, Pn. Fazilah untuk menyatakan hasrat aku untuk bertukar ke 4P2 iaitu kelas aliran akaun (ekonomi asas & sains) setelah mendapat result fizik aku yang hampir2 nak FAIL! masa tu, aku mula putus asa. Aku akui, aku ambil fizik & kimia sebab ibu bapaku. Aku tak nak kecewakan mereka. Mereka berhak tentukan masa depan aku. Bila aku bagitahu ibu bapaku yang aku nak tukar aliran, apa yang mereka boleh buat, mereka kata "ibu dan abah tak kisah, asalkan Aida yang nak belajar, tapi fizik dan kimia itu lebih luas peluang dan masa depan lebih cerah"....beberapa hari lepas tu, aku mendapat gred C bagi subjek kimia, aku mula bersemangat untuk meneruskan fizik dan kimia. Jumaat lepas, aku pergi beli buku rujukan fizik dan kimia dengan bapaku, balik rumah aku pun cubalah belek2 buku2 tu semua bagi menambahkan semangat belajar dengan buku barulah katakan!=) lepas tu, abah datang kepadaku dan sambil belek2 buku aku jugak abah berkata"dulu abah teringin sangat nak belajar ni semua, tapi takde duit"dan aku bertanya"habis tu, abah tak sekolah ke?"abah menyambung"abah sekolah separuh je" Selepas tu, aku tak taulah tibe2 ada satu rasa KESAL dalam diri aku....malam tu, aku menangis sorang2 di dalam bilik tanpa diketahui sesiapa pun.....