Saturday, January 26, 2013

Some Excuse

ikutkan hati...memang aku tak nak berjauhan dengan ibu abah aku....tapi bila aku fikir balik sampai bila? suatu hari nanti aku mesti kena berdikari jugak...maybe inilah permulaan terbaik....

ikutkan hati...aku tak nak tinggalkan kawan2 aku kat btr tu...aku sayang diorang kerana Allah...dan aku pasrah meninggalkan btr kerana nak tuntut ilmu ke menara gading....dari darjah 1-6 skbtr2, form1-3 smkbtr...smtkl pown kat btr jugak...takdelah rindu sangat, heh...

memang lah sekolah baru, kawan baru, rumah baru(hostel) semuanya berbeza dari dulu....maybe Allah nak suruh aku tengok & belajar dunia luar, takde lah terperap je kat btr tu. dan sekarang bermulalah journey aku...penuh dengan cabaran, dugaan & ujian...insya-Allah nanti nak futher study kat oversea pulak, tu pown kalau dapat lah. aku memang bercita2 tinggi nak pegi travel study seluruh dunia...yang tu lagi banyak dugaannya yang penting kite kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kite, cuma kite je kadang2 lupa pada Allah...

kite tak boleh nak bergantung harap pada ibu bapa dan kawan sangat...sebab diorang hanyalah manusia biasa...Allah yang maha berkuasa ke atas diri kite...Allah beri peluang kepada aku study kat smtkl kerana Dia tak nak aku hanyut dengan duniawi(korea & k-pop tu semualah) dan Dia nak aku dekatkan diri kepada-Nya...baiknya Allah...cuma aku je yang tak bersungguh2 menyahut seruannya....kejamnya aku, jahatnya aku ni

Sekian,
hamba yang hina

Allah's chosen path for me

Andainya Rasulullah s.a.w masih ada....Ya Hanana....

tak sangka langsung hidup aku akan jadi macam ni! dalam sekelip mata semuanya berubah! aku ingat result pmr aku biasa2 je...maybe sebab aku tak yakin dengan diri sendiri...yela upsr pown 3a je kot...mana ley target tinggi2...and aku tak sangka dapat teknik kl sebab aku mohon online jea, rupanya boleh! ada hikmahnya Allah hantar aku kat tikl ni...sekolah ni pentingkan agama jugak....ada aktiviti khatam al-quran, mengaji, tazkirah etc....Allahuakbar! belajar untuk mendekatkan diri kepada Allah....dah dapat peluang tu jangan lepaskan okey....

kalau nak tahu aku ni memang suka berangan macam2 lah. nak futher study kat oversea lah, nak dapat 10A+ spm lah, nak jadi akauntan di bank antarabangsa yang popular lah, nak jadi prof. dr.lah (hajat tak kesampaian sebab tak ambil subjek biologi) lagipun aku rasa tak minat pulak bila study bio masa dekat smk pw tu...agaknya aku takde rezeki nak jadi doktor kot...kalau ikutkan hati ibu nak semua anak dia jadi doktor sebab kerjaya tu keje yang mulia...tapi ibu tak kesah ikut minat anak2 dia...ibu kata ibu pown tak boleh nak paksa sebab aida yang nak belajar...abah pulak tak kesah sangat janji aku yang nak belajar...

nampak gayanya adik aku sorang jela harapan ibu abah nak jadi doktor...haha...tu pon kalau dia minat...kakak aku pown tak ambil bio...tapi kakak aku aliran agama....aku rasa menyesal pulak dulu aku tak ambil aliran agama....nak ambil bahasa arab! sebab dulu aku tak confident nak dapat 9a....adoyaii ibu aku cakap nak hantar aku pergi motivasi aliran pelajar oleh dr. tengku asmadi tu, salah satu sebabnya aku ni takde keyakinan diri....habislah aku....alaa....nak belajar bahasa arab tapi kat mana? teringin pulak nak futher  study kat timur tengah...or korea ke...tapi aku tengok selalunya pelajar jurusan perakaunan / perdagangan study kat new zealand, us, uk, australia.....adoyy berangan sudah. tapi kalau tak dapat oversea pown takpe, um pown jadi lah....

Sakaratulmaut

subahanallah....tadi ade baca satu artikel kat facebook ni tentang seorang pelajar universiti yang bertudung labuh yang kemalangan dan menghadapi sisa2 kehidupannya di hospital....tetibe pulak aku ingat mati....takutlah pulak....ish aida buat ape kau nak takut? semua manusia akan mati! aku takut sebab amalan aku tak cukup dan tak sempurna lagi....apatah lagi kalau sedang nazak tu masya-Allah...berat dugaannya.....

kalau gagal exam takpe lagi uhh tapi kalau gagal ujian Allah? takutlah nak jumpa dajjal...takut aku tergoda dan tak kuat iman....macam tu lah aku...asyik takut je dalam fikiran....cuba fikir positif sikit.....yang penting buat apa yang disuruh Allah....dan meninggalkan segala larangannya....ada 3 amalan yang tidak akan terputus walau selepas mati iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak2 yang soleh....renung2 kan lah....

kalau kite sentiasa ingat mati, mesti kite sentiasa berhati2 dalam segala amalan kan?

"Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus"
"Allah show us the straight way"
Al-Fatihah : ayat 6

sekian,
hamba yang lemah

*malas nak menghadap duniawi*

Friday, January 25, 2013

The Beginning of New Student

uhh dah lama tak tengok tv setia hujung nyawa huhuxD~ now dok hostel so agak busy sikit (busylahh sangatt~) so masa isnin tu daftar kat skola teknik kl adela jumpe kawan2 btr dulu and ade jugak jumpe kawan masa skola rendah agama al-mustaqimah dulu.... haii ramai jugak eh rupanye skola situ hikhik. mula2 tu daftar nama kat dewan utama (perghh cantik gile dewan die doe) i got rumah sukan BETA(biru) then pegi daftar and bayar yuran makan asrama RM 60 for 3 months and dapat dorm melur.

lepas tu pegi garaj beli peralatan skola & asrama pastu naik dorm kemas2 barang & locker. semuanye berjumlah RM300 ++ kesian ibu abah aku...takpe, mulai sekarang aida dah dok asrama so dah tak menyusahkan ibu dan abah lagi....walaupun rindu kat parents aida gagahkan jugak untuk menuntut ilmu dan berjaya sehingga ke menara gading...nanti aida dah dapat keje and dah berjaya aida dok ngan ibu abah balik ok? mana mungkin aida lupakan ibu abah buah hati dan pengarang jantung aida....yang telah membesarkan aida...yang telah berada di samping aida waktu susah dan senang...yang selalu bagi semangat & motivasi untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah!! jyeahhh~ dormnye tingkat atas sekali adoyaii tak pela boleh kurus hehe....

ok sejak dok asrama ni muka sering tak bermaya and nmpak sangat tak cukup tido nasib baik khamis tu cuti boley melantak tido kat dorm. sm teknik kl ni dah macam skola agama dah aku tengok...kiranye skola ni pentingkan agama, akademik dan koko laa jugak....ok kat sini hari2 tido pukul 11.45....pergh kalau kat rumah tido pukul 9...hahah...habislah kau aida...tapi nasib baik laa kat situ ade jugak dobi...tapi tak tau laa boley guna ke tak....naik seram jugak aku bila berkawan dengan budak2 pandai kat skola ni....yela aku ni biasa2 jer..budak2 perdagangan selalunya sikit je.... hahh boley laa tu hukhuks xD  i will struggle from now! chaiyokk!!!~ fizik, kimia, math, add math, akaun please do not make my head dizzy okayy ??

*menaip sambil layan citer setia hujung nyawa di ceritamaster.com *