Wednesday, August 14, 2013

Cerita Di Hari Lebaran

tadaaa! baru hari ni aku ada mood nak story pasal raya last week. Ekceli, takde pape yg interesting sangat cuma teruja je tahun ni dpt juge celebrate 1 syawal di penang setelah 2 tahun celebrate di ganu kitew! kesian jugak atuk dan nenek di terengganu beraya dgn family mak lang je (dah semuanya kat KL sibuk2 belaka) Dan apa yg lainnya 1 syawal tahun ini aku tak dpt memakan nasi impit! "ayat nak sedey jer" raya ke-2 baru dpt makan nasi impit favouriteku sampai hujung nyawa! hambek ko, sampai gitu sekali kesedapannya, kerangupan kacangnya. perghh. buat cik terliuq.


housemates
gossipmates
bodekmates

this year, anak buah aku bertambah lagi sorang pompuan. all girls in da house jyeahh.
Ainin Sofiya, Aida Nadiah, Aishah Irdina, Aqilah Jazmina, Atirah Farzana
Seperti ketentuan daripadanya, kami 1Family

Tudung Labuh

Dalam menuju ke arah yang lebih baik, pasti ada dugaan untuk menguji iman dan taqwa kita...Antaranya ialah cabaran untuk memakai tudung labuh...




Faktor:-
1) membazir sebab tudung lama masih banyak dan elok dipakai wlaupun tak labuh sangat
2) family macam tak suka sebab family tahu perangai kite ni macam mane and tak percaya sangat pada kite
3) cetek ilmu pengetahuan agama

aku teringin sangat jadi muslimah yang solehah....always jaga solat, pakai tudung labuh (asalkan menutup aurat), berakhlak mulia....susah nak buat ketiga2 benda ni...aku tak taulah dulu pada pandangan aku wanita2 yang pakai tudung labuh & serban ni semua hodoh,serabut,tak lawa,skema....tapi tu dulu....sekarang bila kadang2 tu aku ternampak wanita bertudung labuh kat LRT/jalan TAR, aku tiba2 rasa sejuk hati....tapi tak semestinya semua yang bertudung labuh tu berakhlak baik & arif soal agama (daripada pengalamanku), diorang tetap manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan,....

conclusion, mintalah petunjuk dari Allah...pasal tudung labuh tu tak labuh macam telekung pun takpe asalkan ia menutupi aurat2 sulit anda.

The End Of The Day

Assalamua'laikum pembuka bicara...
hari ni jamuan raya kat tengah gelanggang macam orang takde rumah....
tak pela at least ade makanan, minuman tu semua...
just go with the pictures....


Open your mind before open your mouth


One day, I'm not even sure what happened but everything just changed.





Memory is a way of holding on to the things you love.
The things you never want to them to change.













Sunday, August 4, 2013

Kemarahan di bulan puasa

Siapa kata bulan puasa takde orang marah2? eh, banyak je ok. orang kata, ustaz kata, ustazah kata, tak elok marah2 bulan puasa . Berdosalah, tak eloklah, tak baiklah tapi yang menjadikan persoalannya ialah orang yang saje membuatkan kite marah bukan ke lagi banyak dosa??? Allah knows.

Tiba2 aku merasakan suatu angin yang sedap untuk dibau...(pengsan jap). I'm stress, so I burst out my feeling in here, my beloved, cutie, prettie and hot blogger! 

story pasal hala tuju slps SPM nanti, aku ingat nak ambil form 6 ???? (saje nak mencabar diri yg tak pandai mana ni....) dengar citer, STPM adalah peperiksaan yang ke-3 tersusah di dunia, dan pertama tersusah di asia.....huiii huii cold blooded !! dan ia setaraf dengan A-Level .



                                           because of you, i fall in love with this peculiar things
                                                 because of you, i become more addicted
                                                     because of you, i started to struggle
                                             because of you, i realize to be a better muslim
                                                              thanks a lot, dear crush

Berubah menuju ke arah kematangan

Manusia boleh berubah right? Bukan boleh, tapi hari2 berubah....aku perasan bentuk fizikal aku...mentaliti aku....ahhh semuanya lah. Tadi aku baru chat dengan kawan sekolah lama aku, Ku Nur Fatehah...aku tumpang sedih dengan masalah yang dia alami....kadang2 kite tak boleh terlalu mencampakkan kesalahan terhadap orang lain 100% sebab kite bukanlah perfect sangat puuung. kite jangan terlalu merasakan diri kite ini lebih pandai daripada orang lain kerana hakikatnya Allah Maha Bijaksana. Selalunya aku tengok orang macam ni cepat sensitif, selalu merasakan dirinya 'always right' dan tak suka menerima pendapat orang lain....kena buang jauh2 sifat dan ciri2 tu...sebabnya orang macam ni selalunya tak disukai ramai....(in my observation lahh)

Story about my life at hostel, Alhamdulillah aku merasakan aku sudah biasakan diri dengan jadual asrama...tidur pukul 11 lebih...kalau di rumah rasanya aku tidur pukul 9 lebih....kawan2 yg baik hati lagi penyayang (lahh sangatt kann)...hari tu aku buat ujian lisan bm tajuknya 'Fakta menarik tentang islam', tak sangka pulak cikgu haslindar nor berminat untuk menjadikannya sebagai tazkirahnya...and Alhamdulillah again, there is an improvement in my oral not like before.....

hari tu, sekolah ada bagi top 20 bagi subjek bm, math, chemist, lk, sains....yang menyakainya ialah semua tu aku tak dapat....just redha it lol...pasal exam mid year aku pulak...i get 4A 3C 1D 2E . Yang tak boleh bla nye ialah takde B dan 2E !!!!!!!!!! how that can be?! cause i'm not study very well physics and add math....yela...masa tu semua sibuk nak balik uma kerana ketiadaan air....Ko hengat aku dok uma blaja sgt ke oii? Tolonglah! (ayat bajet kemain, pdn muka dpt result yang teruk lagi huduh cam tu) K FINE. aku insaf...............lahh sangattt




semalam, aku baca kosmo! and terjumpalah laman web yang menyediakan free tuition!!! edunation.my


awesome hot chick melurians 2013

Sunday, June 23, 2013

Kesal Sebelum Terlambat

Kenangan sukar untuk diungkapkan .

Minggu lepas, aku berjumpa dengan guru kaunseling, Pn. Fazilah untuk menyatakan hasrat aku untuk bertukar ke 4P2 iaitu kelas aliran akaun (ekonomi asas & sains) setelah mendapat result fizik aku yang hampir2 nak FAIL! masa tu, aku mula putus asa. Aku akui, aku ambil fizik & kimia sebab ibu bapaku. Aku tak nak kecewakan mereka. Mereka berhak tentukan masa depan aku. Bila aku bagitahu ibu bapaku yang aku nak tukar aliran, apa yang mereka boleh buat, mereka kata "ibu dan abah tak kisah, asalkan Aida yang nak belajar, tapi fizik dan kimia itu lebih luas peluang dan masa depan lebih cerah"....beberapa hari lepas tu, aku mendapat gred C bagi subjek kimia, aku mula bersemangat untuk meneruskan fizik dan kimia. Jumaat lepas, aku pergi beli buku rujukan fizik dan kimia dengan bapaku, balik rumah aku pun cubalah belek2 buku2 tu semua bagi menambahkan semangat belajar dengan buku barulah katakan!=) lepas tu, abah datang kepadaku dan sambil belek2 buku aku jugak abah berkata"dulu abah teringin sangat nak belajar ni semua, tapi takde duit"dan aku bertanya"habis tu, abah tak sekolah ke?"abah menyambung"abah sekolah separuh je" Selepas tu, aku tak taulah tibe2 ada satu rasa KESAL dalam diri aku....malam tu, aku menangis sorang2 di dalam bilik tanpa diketahui sesiapa pun.....

Saturday, January 26, 2013

Some Excuse

ikutkan hati...memang aku tak nak berjauhan dengan ibu abah aku....tapi bila aku fikir balik sampai bila? suatu hari nanti aku mesti kena berdikari jugak...maybe inilah permulaan terbaik....

ikutkan hati...aku tak nak tinggalkan kawan2 aku kat btr tu...aku sayang diorang kerana Allah...dan aku pasrah meninggalkan btr kerana nak tuntut ilmu ke menara gading....dari darjah 1-6 skbtr2, form1-3 smkbtr...smtkl pown kat btr jugak...takdelah rindu sangat, heh...

memang lah sekolah baru, kawan baru, rumah baru(hostel) semuanya berbeza dari dulu....maybe Allah nak suruh aku tengok & belajar dunia luar, takde lah terperap je kat btr tu. dan sekarang bermulalah journey aku...penuh dengan cabaran, dugaan & ujian...insya-Allah nanti nak futher study kat oversea pulak, tu pown kalau dapat lah. aku memang bercita2 tinggi nak pegi travel study seluruh dunia...yang tu lagi banyak dugaannya yang penting kite kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kite, cuma kite je kadang2 lupa pada Allah...

kite tak boleh nak bergantung harap pada ibu bapa dan kawan sangat...sebab diorang hanyalah manusia biasa...Allah yang maha berkuasa ke atas diri kite...Allah beri peluang kepada aku study kat smtkl kerana Dia tak nak aku hanyut dengan duniawi(korea & k-pop tu semualah) dan Dia nak aku dekatkan diri kepada-Nya...baiknya Allah...cuma aku je yang tak bersungguh2 menyahut seruannya....kejamnya aku, jahatnya aku ni

Sekian,
hamba yang hina

Allah's chosen path for me

Andainya Rasulullah s.a.w masih ada....Ya Hanana....

tak sangka langsung hidup aku akan jadi macam ni! dalam sekelip mata semuanya berubah! aku ingat result pmr aku biasa2 je...maybe sebab aku tak yakin dengan diri sendiri...yela upsr pown 3a je kot...mana ley target tinggi2...and aku tak sangka dapat teknik kl sebab aku mohon online jea, rupanya boleh! ada hikmahnya Allah hantar aku kat tikl ni...sekolah ni pentingkan agama jugak....ada aktiviti khatam al-quran, mengaji, tazkirah etc....Allahuakbar! belajar untuk mendekatkan diri kepada Allah....dah dapat peluang tu jangan lepaskan okey....

kalau nak tahu aku ni memang suka berangan macam2 lah. nak futher study kat oversea lah, nak dapat 10A+ spm lah, nak jadi akauntan di bank antarabangsa yang popular lah, nak jadi prof. dr.lah (hajat tak kesampaian sebab tak ambil subjek biologi) lagipun aku rasa tak minat pulak bila study bio masa dekat smk pw tu...agaknya aku takde rezeki nak jadi doktor kot...kalau ikutkan hati ibu nak semua anak dia jadi doktor sebab kerjaya tu keje yang mulia...tapi ibu tak kesah ikut minat anak2 dia...ibu kata ibu pown tak boleh nak paksa sebab aida yang nak belajar...abah pulak tak kesah sangat janji aku yang nak belajar...

nampak gayanya adik aku sorang jela harapan ibu abah nak jadi doktor...haha...tu pon kalau dia minat...kakak aku pown tak ambil bio...tapi kakak aku aliran agama....aku rasa menyesal pulak dulu aku tak ambil aliran agama....nak ambil bahasa arab! sebab dulu aku tak confident nak dapat 9a....adoyaii ibu aku cakap nak hantar aku pergi motivasi aliran pelajar oleh dr. tengku asmadi tu, salah satu sebabnya aku ni takde keyakinan diri....habislah aku....alaa....nak belajar bahasa arab tapi kat mana? teringin pulak nak futher  study kat timur tengah...or korea ke...tapi aku tengok selalunya pelajar jurusan perakaunan / perdagangan study kat new zealand, us, uk, australia.....adoyy berangan sudah. tapi kalau tak dapat oversea pown takpe, um pown jadi lah....

Sakaratulmaut

subahanallah....tadi ade baca satu artikel kat facebook ni tentang seorang pelajar universiti yang bertudung labuh yang kemalangan dan menghadapi sisa2 kehidupannya di hospital....tetibe pulak aku ingat mati....takutlah pulak....ish aida buat ape kau nak takut? semua manusia akan mati! aku takut sebab amalan aku tak cukup dan tak sempurna lagi....apatah lagi kalau sedang nazak tu masya-Allah...berat dugaannya.....

kalau gagal exam takpe lagi uhh tapi kalau gagal ujian Allah? takutlah nak jumpa dajjal...takut aku tergoda dan tak kuat iman....macam tu lah aku...asyik takut je dalam fikiran....cuba fikir positif sikit.....yang penting buat apa yang disuruh Allah....dan meninggalkan segala larangannya....ada 3 amalan yang tidak akan terputus walau selepas mati iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak2 yang soleh....renung2 kan lah....

kalau kite sentiasa ingat mati, mesti kite sentiasa berhati2 dalam segala amalan kan?

"Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus"
"Allah show us the straight way"
Al-Fatihah : ayat 6

sekian,
hamba yang lemah

*malas nak menghadap duniawi*

Friday, January 25, 2013

The Beginning of New Student

uhh dah lama tak tengok tv setia hujung nyawa huhuxD~ now dok hostel so agak busy sikit (busylahh sangatt~) so masa isnin tu daftar kat skola teknik kl adela jumpe kawan2 btr dulu and ade jugak jumpe kawan masa skola rendah agama al-mustaqimah dulu.... haii ramai jugak eh rupanye skola situ hikhik. mula2 tu daftar nama kat dewan utama (perghh cantik gile dewan die doe) i got rumah sukan BETA(biru) then pegi daftar and bayar yuran makan asrama RM 60 for 3 months and dapat dorm melur.

lepas tu pegi garaj beli peralatan skola & asrama pastu naik dorm kemas2 barang & locker. semuanye berjumlah RM300 ++ kesian ibu abah aku...takpe, mulai sekarang aida dah dok asrama so dah tak menyusahkan ibu dan abah lagi....walaupun rindu kat parents aida gagahkan jugak untuk menuntut ilmu dan berjaya sehingga ke menara gading...nanti aida dah dapat keje and dah berjaya aida dok ngan ibu abah balik ok? mana mungkin aida lupakan ibu abah buah hati dan pengarang jantung aida....yang telah membesarkan aida...yang telah berada di samping aida waktu susah dan senang...yang selalu bagi semangat & motivasi untuk terus bangkit dan jangan pernah mengalah!! jyeahhh~ dormnye tingkat atas sekali adoyaii tak pela boleh kurus hehe....

ok sejak dok asrama ni muka sering tak bermaya and nmpak sangat tak cukup tido nasib baik khamis tu cuti boley melantak tido kat dorm. sm teknik kl ni dah macam skola agama dah aku tengok...kiranye skola ni pentingkan agama, akademik dan koko laa jugak....ok kat sini hari2 tido pukul 11.45....pergh kalau kat rumah tido pukul 9...hahah...habislah kau aida...tapi nasib baik laa kat situ ade jugak dobi...tapi tak tau laa boley guna ke tak....naik seram jugak aku bila berkawan dengan budak2 pandai kat skola ni....yela aku ni biasa2 jer..budak2 perdagangan selalunya sikit je.... hahh boley laa tu hukhuks xD  i will struggle from now! chaiyokk!!!~ fizik, kimia, math, add math, akaun please do not make my head dizzy okayy ??

*menaip sambil layan citer setia hujung nyawa di ceritamaster.com *