Thursday, October 18, 2012

Sukan Sunnah Nabi

sukan pun ada sukan yang sunat kalau dibuat tau. di antaranya ialah silat.
di kebanyakan sekolah pun ada unit beruniform silat jugak, bolehlah nak try !
next ialah berenang. yela, kalau rumah aku ni tepi laut boleh jugak aku berenang hari2. ataupun rumah condominium yang ada kolam. rumah aku pun sebenarnya dekat dengan kompleks kolam renang, tapi kena bayar le. kau bayangkan hari2 nak bayar? tu pun kalau bersungguh2 nak buat, kalau tak baik tak payah.
then ini adalah di antara yang paling aku nak buat iaitu menunggang kuda!!! haa, teringat pulak aku dekat cerita endon ni, PEREMPUAN BERKALUNG SORBAN. masyuk ohh=) best gile tunggang kuda tepi laut, macam ratu hahaa!! dekat Tasik Seri Permaisuri tu pun asal aku joging, nampak kuda. Asal kuda ada, aku joging. hai, macam nak suruh aku naik je? tapi, aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dulu sebelum nak tunggang kuda tu. nanti kang tak pasal2 kuda tu mengamuk pulak aku duduk atas dia. tak naya ke tuh? tengoklah, mungkin aku dah besar nanti kot. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan :')
seterusnya ialah memanah. wahh, betul2 macam srikandi aku tengok pic tu !(berangan jap) Akhir kata, sukan ni boleh jugak kot? hee ~